Tutorial Photoshop

Satu benda yang paling aku minat didunia ini. Edit gambar mengikut citarasa aku. Secara jujur, ingin aku nyatakan. Bahawa aku masih belajar lagi kerana aku belajar sendiri. Cuma berkat usaha sahaja membuatkan aku nampak lebih  ditambahkan dengan jiwa seni aku. :P

Ok. Untuk tutorial ini, aku akan mengajar cara mengedit gambar yang mudah dan juga membuat background hanya menggunakan berus. Kreativiti perlu ada dalam proses ini. Selain usaha yang bersungguh-sungguh.


CARA MENGEDIT GAMBAR MENGGUNAKAN Quick Mask :
(sila klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas)


  •  BUka adobe photoshop (cs3, 3,4,5,6 terpulang pada aplikasi yang ada pada anda)
  •  Masukkan gambar yang diiginkan.

nei gambar asal
 (gambar dalam adobe photoshop)
     Pilih function Quick Mask. ( klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas )

  • Kemudian pilih brush dan pilih brush berbentuk normal dengan saiz yang mengikut pilihan anda. kemudian sila berus pada bahagian yang ingin anda ingin edit. Untuk gambar ini, aku hanya ingin mengubah gambar latar belakang kepada hitam dan putih. Kerana ramai yang bertanyakan pada aku cara menghasilkannya. Aku cuma menberus gambar orang sahaja tanpa memberus bahagian latar.

  • Sila pastikan anda memberus dengan teliti. Bahagian yang cacat akan merosakkan gambar. Setelah siap memberus. ini adalah hasilnya. 
kekemasan untuk rambut aku abaikan kerana 
aku ingin mengubah latar kepada hitam dan putih
bukannya menampal. ^^!

 kemudian klik semula pada button quick mask



  • Kemudian masa untuk mengubah warna background kepada hitam dan putih. sila klik pada image dan pilih option Adjusment dan pilih Black & White

  • Terpulang pada anda untuk pilihan kecerahan dan kegelapan gambar latar yang anda inginkan. setelah selesai. Sila tekan pada kekunci CTRL + D pada keybord anda. Dan jika anda inginkan gambar lebih menarik. Hiasi gambar anda dengan kreativiti penggunaan teknik brush yang bersesuaian.

  • Ini adalah hasil terakhir gambar yang telah siap. Selamat mencuba. ^^;





(ini adalah sepupu aku yang otak gila)
hahahaa :P


Kalau nak toturial penuh. email aku di :
yuu_shimizu@rocketmail.com